Smart Math ICT
18 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 17 Jan 2020, Pusat Internet Gong Kulim telah mengadakan satu kelas Matematik yang dikenali sebagai Smart Math ICT. Kelas tersebut disertai oleh 7 orang peserta perempuan. Kelas tersebut berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahri. Di dalam kelas tersebut, kelas dimulakan dengan asas matematik kepada peserta sebelum beralih kepada penggunaan komputer.
Dengan adanya kelas-kelas seperti ini dapat membantu para peserta mengisi masa cuti sekolah mereka dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat. Mereka juga dapat pendedahan bagaimana untuk menggunakan Microsoft Word dengan betul di masa hadapan. Selain itu, dengan adanya kelas seperti ini adalah dapat melahirkan lebih ramai golongan muda yang celik ICT dan juga dapat mengelakkan mereka daripada salahguna kemudahan internet dan juga ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: